Wednesday, September 24, 2008

anak-anak didik ...










Cinta bukan mengajar kita lemah ..
tetapi membangkitkan kekuatan ...
Cinta bukan mengajar menghinakan diri ..
tetapi menghembuskan kegagahan ...
Cinta bukan melemahkan semangat ..
tetapi membangkitkan semangat ...
dan cinta yang kekal abadi ..
hanyalah cinta ya RABB ...

muhasabah diri ...










Bersifat jujur terhadap diri dari dasar hati yang terdalam, kita mengkhianati segala kenikmatan yang diberikan ALLAH, sedangkan betapa sedikit pula ketaatan kita kepada-NYA …

Dalam keadaan begini, kita harus bertanya kepada diri, kenapa hati kita boleh menjadi begitu keras. Seakan-akan kerdip kebenaran tidak pernah mendapat tempat di hati. Inilah akibatnya jika hati sudah tidak mengenal TAQWA …

Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, dimana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelekan dan kemudaratan …

Rasanya tak layak kita memohon ampunan tapi disisi lain kita hadirkan kemaksiatan …
Rasanya tak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintah dan larangan tidak jua kita agungkan …

Cubalah kita diam membata sejenak …
Baikkah hari ini bagiku dari hari semalam ..?

Tuesday, September 23, 2008

LOve ALLAH wAL rasuL...



Hatiku bergetarBila nama-Mu disebut dan dialun..
Alangkah sayunya hati..
Alangkah pilunya hati..
Kenangan dosa-dosaku yg menggunung..
Engkau bisa saja menghukumku..
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu..
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu..
Ya Allah Engkau Tuhanku..
Tiada Tuhan melainkan Engkau..
Engkau cinta Agungku..
Nabi Muhammad pesuruh-Mu..
Ya Allah Engkau sumber bahagia..
Engkaulah sumber keselamatan..
Ya Allah Engkau sumber keamanan..
Engkaulah segalanya..
Ya Allah Engkaulah pelindungku..
Engkaulah sumber rezekiku..
Di waktu sakit Kau sembuhkan..
Di waktu lapar Kau beri makan..

Ya Allah Engkau Cinta Agungku..
Cintaku haraplah dibalas..
Ya Allah Engkau Cinta Agungku..
Janganlah cintaku tidak dibalas..
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan..
Pimpinlah aku ke jalan yang benar..
Kepada Engkaulah harapanku..
Janganlah hampakan perasaanku..
Jangan Engkau tinggalkan aku..
Walau sesaat atau...
waktu yang lebih singkat dari itu…

putera amin_inteam ...


subhanallah....















Nasihat hidup bahagia ...

Barangsiapa menginginkan teman ..
cukuplah Allah menjadi temannya ...
Barangsiapa menginginkan kekayaan ..
cukuplah qana’ah menyertainya ...
Barangsiapa menginginkan nasihat ..
cukuplah kematian menasihatinya ..
Barangsiapa menginginkan harta simpanan ...
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya ...
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini ..
cukuplah neraka baginya ...

universiti teknologi malaysia ...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA …

Universiti Teknologi Malaysia mempunyai cogan kata “Malaysia’s Premier University in Engineering and Technology”. Link ‘Information About’ dan ‘Information For’ yang di gunakan pasti akan memudahkan setiap pelajar yang menggunakan laman web ini, namun agak mengecewakan sedikit apabila versi Bahasa Melayu tidak di gunakan. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat, hanya perlu klik pada link yang berkaitan sahaja ...

universiti putra malaysia ...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA …

Universiti Putra Malaysia mempunyai cogan kata “Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia”. Sekali tengok nampak agak menyesakkan dengan setiap sudut di letakkan gambar, namun begitu, pembahagian ruangan yang di gunakan kelihatan menarik dan memudahkan pengguna untuk mencari maklumat terkini tentang universiti ini. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini ...

universiti malaysia sabah ...


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH …
Universiti Malaysia Sabah menggunakan kombinasi pelbagai warna yang lembut dan menarik menyerlahkan laman utama website nya sebagai salah satu laman web universiti awam di Malaysia yang menarik dan tidak menjemukan. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. Namun begitu, ‘Main Link’, dan ‘On-Line Applications’ yang di tempatkan di sudut bawah laman utama website ini agak mencacatkan sedikit, kerana ‘Main Link’ seharusnya di tempatkan di sudut atas laman utama website supaya memudahkan lagi penggunaa website ini ...

UNIVERSITI MALAYA …


Universiti of Malaya Kuala Lumpur atau Universiti Malaya, mempunyai cogan kata “Producing Leader Since 1905”. Penggunaan warna nya agak suram, bagi saya, welcome message yang di paparkan di sudut kanan atas tidak perlu menggunakan ruangan yang terlalu besar kerana ianya kelihatan agak menyesakkan laman web itu. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini ...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA …


National University of Malaysia atau Universiti Kebangsaan Malaysia, mempunyai laman utama website yang menggunakan kombinasi warna biru lembut dan putih kelihatan agak simple dengan terdapat logo universiti dan gambar bunga kebangsaan iaitu bunga raya di sudut atas laman utama website nya.Walaupun kelihatan simple, namun tetap menarik. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini ...

universiti islam antarabangsa malaysia ...


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA …

International Islamic University Malaysia atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mempunyai cogan kata “Garden of Knowledge and Virtual”. Laman utama website nya yang mempunyai kombinasi warna biru lembut dan putih kelihatan mendamaikan setiap mata yang memandang. Selain menarik, laman utama website nya juga adalah mesra pengguna, penggunaan pelbagai link seperti ‘my IIUM’, ‘e-Learning’, dan sebagainya pasti akan membuatkan pelajar-pelajar UIAM itu sendiri tidak bosan untuk melayari laman web universiti mereka. Penggunaan adobe flash pada events@IIUM juga menarik dan memberikan maklumat-maklumat terkini tentang program-program yang akan dijalankan oleh pihak universiti ...

Tuesday, September 16, 2008